RAHSIA KEUNTUNGAN PASIF YANG LUMAYAN SERTA TERJAMIN MELALUI CIMB WEALTH ADVISORS & DIIKTIRAF OLEH BANK NEGARA MALAYSIA..!!!
LAYARI FORUM INI UNTUK RUJUKAN ANDA..
http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?s=&daysprune=&f=56
UNIT TRUST
PERCUMA..!!!

BONUS #1
Akses kepada Ruangan Forum hanya untuk Ahli Jana Wang dengan Unit Trust untuk memperolehi pelbagai maklumat tambahan melalui serta Bertanya SEBARANG soalan yang dapat membantu anda dalam Pelaburan Unit Trust.
Anda boleh membincangkan segala masalah anda berkaitan Pelaburan Unit Trust di Ruangan Forum tersebut serta pellbagai perkara-perkara lain yang berkaitan tip-tips unit trust.
(Nilai : Lebih dari RMXX00.00) - Maklumat tidak ternilai!
BONUS #2 Semakan HARGA PASARAN UNIT TRUST SEMASA. Dapatkan Semakan Harga Semasa sebanyak 2 kali secara PERCUMA.
Anda boleh mendapatkan Bonus ini melalui Laman Ahli.
(Nilai : Lebih dari RM300.00)
BONUS #3
Memperolehi Laporan Prestasi Dana-Dana serta Pasaran Unit Trust Terkini dari pakar penganalisis PERCUMA.
(Nilai : Lebih dari RM100.00)
BONUS #4 Khidmat Nasihat Pelaburan Unit Trust Secara PERCUMA.
(Nilai : Lebih dari RMXXX.00)
Semuanya ini saya berikan khusus untuk anda yang BERNILAI LEBIH DARIPADA RM1,000, di samping maklumat serta manfaat besar yang anda bakal perolehi secara berterusan hanya dengan MELABUR DI DALAM UNIT AMANAH MELALU PEGAWAI PERUNDING BERTAULIAH KAMI..!!!
Tempat pelaburan rakyat Malaysia ?
ASB ( 7-8% )
Fixed Deposit ( 3.75% )
Unit Amanah ( 10-70% )
Tabung Haji ( 4% )
Bank Rakyat
EPF ( 4.5% )
Unit amanah dianggap sebagai instrumen yang baik untuk perancangan kewangan jangka sederhana hingga jangka panjang. Walau bagaimanapun amat penting anda memilih dana yang sesuai, berdasarkan profil risiko dan objektif pelaburan anda.Unit amanah
Unit amanah dibentuk menjadi pelaburan paling diminati. Mengapa? Biasanya jawapan pelabur adalah untuk mencapai kepelbagaian, justeru dapat mengurangkan risiko, dengan jumlah dana yang kecil. Ia juga mengenai perlunya mendapat perkhidmatan daripada golongan profesional yang berkemahiran untuk mengurus wang anda. Ketahui lebih lanjut tentang unit amanah:
Dunia Luas Unit Amanah
Apakah unit amanah?
Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.
Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.
Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.
Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.
Perlindungan untuk pemegang unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;
Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran; dan
Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.
Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.
Baca prospectus
Prospektus merupakan dokumen yang amat penting kerana ia membentangkan matlamat dana, strategi perlaburan dan polisi serta kedudukan ganjaran dan risiko yang diambil. Ia mungkin bahan bacaan yang penuh dengan istilah perundangan, tetapi anda perlu membaca dengan teliti untuk memastikan bahawa matlamat anda sama dengan dana tersebut. Akaun kewangan akan menunjukkan jika dana masih mengikut perancangan dan bagaimana pencapaiannya dalam perancangan tersebut. Bagaimanapun sebagai pelabur, anda perlu mempertimbangkan faktor berikut ketika memilih dana:
Objektif pelaburan - ia perlu dinyatakan dengan jelas, jika tidak pengurus dana berpeluang untuk tidak melaksanakan apa yang anda kehendaki ketika memilih dana tersebut.
Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah sama dengan yang anda yakini.
Saiz dana dan aliran pertumbuhan.
Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum dikehendaki.
Tahap risiko pelaburannya - unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya.
Jenis dan jumlah yuran - fahami supaya anda tidak terkejut.
Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah belanja, dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset - supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini.
Portfolio pelaburan terkini - supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset.
Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama (terutamanya pengurus dana, juruaudit dan pemegang amanah).
Berikut ialah senarai jenis unit amanah yang terdapat di pasaran:
Dana pendapatan: Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar sebahagian besar daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.
Dana pertumbuhan modal: Melabur terutama sekali dalam saham dengan harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang (iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.
Dana pertumbuhan agresif: Sama dengan dana pertumbuhan modal tetapi pelaburan dibuat dalam saham agresif yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang lebih tinggi. Sesuai untuk pelabur berisiko tinggi.
Dana terimbang: Mempunyai tiga objektif: pendapatan, kenaikan nilai sederhana dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana.
Dana indeks: Melabur dalam sejumlah besar saham yang menjejaki indeks pasaran saham terpilih.
Dana bon: Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.
Dana pasaran wang: Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh kerana dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima, walaupun kecil, pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan. Sesuai untuk pelabur yang mahu kecairan dalam pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk menyimpan dana sebelum melabur dalam dana lain.
Dana Islam: Diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat dalam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak halal dan instrumen pasaran wang berfaedah.
Kelebihan dan Kekurangan
Kelebihan melabur dalam unit amanah:
Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali - tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM500, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:
Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit, pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam beberapa syarikat sahaja. Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera - wangnya akan terkumpul bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih besar.
Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.
Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.
Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.
Mengurangkan tekanan
Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan yang dibuat olehnya - mengawasi prestasi dan membuat keputusan bila hendak membeli atau menjual. Sebaliknya pelabur mempunyai kumpulan profesional yang berkemahiran menguruskan untuknya. Pemegang unit menerima laporan interim setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran pelaburan dan ekonomi. Mereka juga menerima laporan tahunan.
Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.
Kekurangan melabur dalam unit amanah
Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.
Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.
Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.
Tiada perkhidmatan ikut arahan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.
Kos yang Dikaitkan dengan Unit Amanah
Ada beberapa kos dikenakan kepada pelabur unit amanah. Amat penting anda memahami pelbagai yuran yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi jumlah pulangan diterima.
Syarikat unit amanah dibenarkan mengenakan tiga jenis yuran:
Bayaran perkhidmatan awal - biasanya bayaran ini dimasukkan dalam harga jualan unit dana;
Yuran pembelian semula - bayaran ini boleh dimasukkan dalam harga pembelian unit dana; dan
Yuran pengurusan - ini ialah yuran syarikat kerana mentadbirkan dana dan bayaran dikenakan terus kepada dana.
Selain daripada itu, terdapat beberapa perbelanjaan lain seperti yuran pemegang amanah dan perbelanjaan brokeraj yang ditanggung oleh dana.
Anda patut meneliti yuran yang dikenakan bagi pelbagai dana pilihan anda. Yang paling penting ialah pengurus dana perlu cekap dalam menjalankan urusan. Tidak guna memilih dana murah jika diuruskan oleh pengurus dana kurang baik, tetapi pengurus dana yang baik mungkin mengenakan yuran yang tinggi
Perkara Bijak yang Perlu Diketahui mengenai Unit Amanah
Pilih dana yang sesuai
Terdapat pelbagai jenis dana yang ditawarkan oleh syarikat unit amanah. Tiga kategori utama ialah dana ekuiti yang boleh memaksimumkan pertumbuhan modal; dana bon yang bermatlamat memberikan pendapatan tetap; dan dana terimbang yang merupakan gabungan dua kategori dana di atas, memperuntukkan pertumbuhan modal dan pendapatan. Memandangkan jenis, bilangan dan pengkhususan dana unit amanah semakin berkembang, ia mencukupi untuk memenuhi kehendak pelabur yang berbeza. Anda perlu memilih dana yang mempunyai objektif dan cara pelaburan yang menggambarkan matlamat dan program pelaburan anda. Jika anda inginkan pertumbuhan modal jangka panjang, melaburlah dalam dana yang menawarkan pertumbuhan modal dan bukan pendapatan.
Yuran dan komisen
Berhati-hati dengan yuran dan komisen yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi kos, dan juga pulangan yang anda terima. Apakah bayarannya sama dengan dana lain?
Pengurus dana
Pilih pengurus dana anda. Teliti prestasinya dari segi saiz dana yang diuruskan dan pulangan yang diperoleh. Pilihlah pengurus yang telah terbukti cekap dan berwibawa, dan apabila telah membuat pilihan, biarlah pengurus itu - yang anda pilih berdasarkan bakat dan mempunyai lebih banyak sumber maklumat jika dibandingkan dengan anda - menjalankan tugasnya.
Awasi prestasi dana
Tetapi itu tidak bermakna anda boleh lepas tangan sepenuhnya. Anda perlu mengawasi untuk memastikan dana tidak menyimpang daripada matlamat yang dinyatakan dalam prospektus. Buat ukuran rujuk prestasi dana anda berbanding dengan satu indeks yang bersesuaian. Misalnya anda mungkin mahu dana menyamai atau lebih baik daripada prestasi Indeks Komposit BSKL atau dana bon, untuk menyamai atau menandingi kadar pulangan purata akaun simpanan tetap. Pergerakan turun naik pasaran dalam jangka pendek mungkin boleh diterima tetapi prestasi yang kurang memberangsangkan bagi tempoh jangka panjang wajar dijadikan sebab yang munasabah untuk menimbangkan semula pelaburan anda.
Prestasi penilaian
Bayaran agihan (dividen) lumayan yang diberikan oleh dana tidak bermakna prestasinya baik. Malah, apabila dividen diberikan kepada pemegang unit, ia akan mengurangkan nilai aset bersih (NAV) dana yang juga mengurangkan harga unit. Anda harus menggunakan kaedah 'jumlah pulangan' (yang mengambil kira agihan, sekiranya ada, dan keuntungan atau kerugian modal seperti dipaparkan dalam harga saham) apabila menilai prestasi anda.
Berurusan hanya dengan ejen berdaftar
Sekiranya dihubungi oleh seorang ejen, pastikan ejen tersebut berdaftar dengan Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM). Jangan percaya kepada pengakuan lisan seorang ejen yang mengeluarkan sendiri bahan promosi yang bukan diterbitkan oleh syarikat pengurusan unit manah. Semak penyata atau sijil yang diterima daripada dana dan simpan rekod pelaburan anda.
Pengenalan kepada Dana Modal Terjamin
Sebagai pelabur, anda mungkin pernah mendengar mengenai Dana Modal Terjamin. Adakah anda tahu apakah dana tersebut, bagaimana dana itu dilaksanakan dan apakah risiko serta manfaatnya?
Secara umum, Dana Modal Terjamin (CGF) ialah satu dana unit amanah yang mempunyai jangka hayat yang terhad, biasanya antara tiga hingga lima tahun, yang dibentuk bagi menjamin pelabur mendapat kembali modal pelaburan mereka pada masa dana itu mencapai tempoh matang. Elemen utama CGF ialah ciri pemeliharaan modalnya. CGF lazimnya dijamin oleh penjamin dan biasanya penjamin ialah institusi kewangan berlesen seperti bank atau bank saudagar dengan penarafan kredit yang baik. Bank-bank ini menerima bayaran penjamin sebagai imbuhan kepada jaminan mereka. Bayaran ini dibayar oleh para pelabur CGF.
Bagaimana CGF dilaksanakan?
Biasanya CGF mengandungi tiga fasa: Fasa penawaran Jangka masa beberapa minggu atau bulan ketika pelabur boleh membeli unit dalam dana.
Fasa jaminan Jangka masa hayat dana ketika dana itu dilaburkan atau dilaburkan semula oleh pengurus CGF. Penjamin akan menjamin modal pelabur dalam tempoh ini.
Fasa pascajaminan Satu tempoh selepas tempoh matang apabila dana akan dicairkan dan pelabur menebus unit mereka. Penjamin akan membayar sebarang kerugian dalam modal pelabur.
Faktor Jaminan
Andaikan anda membeli unit dalam CGF pada Harga Jualan Permulaan sebanyak RM0.50 seunit. Tempoh matang dana itu pula ialah tiga tahun. Anda melaburkan RM5,000 bagi membeli 10,000 unit CGF. Apabila tiba tempoh matang, nilai bersih aset dana tersebut hanyalah RM0.40 seunit. Oleh kerana pelaburan itu berada di bawah CGF, anda akan menerima RM0.50 seunit apabila anda menebus dana anda, dan bukannya RM0.40 seunit. Umumnya, penjamin dana ini akan membayar perbezaan sebanyak RM0.10 itu. Dalam keadaan ini, anda akan menerima RM5,000 selepas menebus 10,000 unit CGF itu. Tanpa jaminan, anda akan kerugian sebanyak RM1,000 dan akan hanya menerima RM4,000 (tidak termasuk bayaran dan caj).
Walau bagaimanapun, sekiranya pada tempoh matang nilai bersih aset bagi setiap unit ialah RM0.60, jaminan itu tidak diguna pakai dan nilai tebusan bagi setiap unit akan didasarkan pada nilai bersih sebenar aset bagi setiap unit dana tersebut. Dalam hal ini, anda menerima RM0.60 seunit dan bukannya RM0.50. Oleh itu, anda menerima RM6,000 bagi 10,000 unit CGF yang ditebus (tidak termasuk bayaran dan caj). Keuntungan anda ialah RM1,000.
Namun, jaminan ini hanya terpakai bagi unit yang dipegang sehingga tempoh matang (bagi contoh di atas, tempoh matangnya ialah tiga tahun). Jika unit itu dijual sebelum tempoh matang, jaminan itu akan luput dan modal pelabur tidak lagi dijamin serta terdedah kepada kemungkinan mengalami kerugian. Bagi sesetengah CGF, penalti dikenakan bagi penebusan awal. Anda mesti mengambil kira semua faktor ini bagi memastikan bahawa melabur dalam CGF adalah selaras dengan perancangan pelaburan anda.
Pengenalan kepada Dana Modal Terjamin
Risiko dan Manfaat
Manfaat Risiko
Modal anda terpelihara kerana ada jaminan walaupun dalam suasana pasaran yang negatif atau bearis.
Anda berkemungkinan menerima pulangan yang baik daripada pelaburan dalam pasaran yang positif atau bulis.
Pulangan anda boleh jadi lebih tinggi daripada faedah atau dividen yang diperolehi daripada akaun simpanan.
Anda menghadapi risiko kehilangan sebahagian daripada modal jika anda menebus unit yang dibeli sebelum tempoh matang. Sesetengah dana mengenakan caj penalti bagi penebusan awal.
Faktor jaminan hanyalah atas harga jualan, tidak termasuk bayaran dan caj. Lebih tinggi bayaran, lebih banyak akan ditolak daripada modal anda. Bayaran ini termasuklah fi yang dikenakan oleh penjamin. Dana ini hanya boleh melabur dalam produk berisiko rendah atau stabil tetapi menghasilkan pulangan yang konservatif, contohnya sekuriti pendapatan.
Walaupun SC’s Guidelines on Unit Trusts menghendaki penjamin mempunyai penarafan kredit yang baik samaada daripada agensi penarafan domestik atau global, risiko kemungkiran penjamin tetap ada.
Pemeliharaan modal adalah ciri utama CGF tetapi ia tidak semestinya menjadi asas tunggal dalam membuat keputusan untuk melabur dalam produk tersebut. Sama seperti produk pelaburan yang lain, CGF juga mempunyai risiko pelaburan. Oleh itu, sebelum membuat pelaburan, anda harus lebih dahulu mengkaji matlamat kewangan anda dan kemudian menilai secara terperinci tawaran CGF itu, bagi memastikan kedua-duanya selari. Anda juga harus meneliti struktur bayaran CGF tersebut yang dikenakan oleh pengurus dana, kerana bayaran ini mempunyai kesan ke atas pulangan pelaburan dan akan ditolak daripada modal anda.

Membongkar Rahsia REIT
Bila menyebut mengenai pelaburan hartanah, ramai orang beranggapan yang ia memerlukan modal yang besar dan berpandangan bahawa ianya hanya terhad kepada pemilikan kediaman/rumah tanpa memikirkan mengenai pemilikan kompleks membeli belah, gudang industri atau bangunan pejabat dan sebagainya. Sebenarnya, pelabur hartanah kini boleh mengembangkan ruang lingkup pelaburan mereka dengan REIT (disebut “reet”) atau Real Estate Investment Trust.
Apa itu REIT?
REIT atau Tabung Amanah Pelaburan Hartanah merupakan produk pelaburan kolektif (biasanya dalam bentuk tabung unit amanah) yang mengumpulkan wang daripada pelabur dan menggunakan modal terkumpul itu untuk membeli, mengurus dan menjual aset hartanah (contohnya bangunan komersial, bangunan pejabat, gudang, hotel, ladang, lot kedai atau industri, atau sekuriti yang berkaitan dengan hartanah (misalannya, saham syarikat hartanah awam tersenarai (listed property stocks), sekuriti hutang tersenarai (listed bonds) atau tidak tersenarai (unlisted bonds) dan sebagainya).
Objektif utama REIT adalah untuk memberi pulangan pelaburan dalam bentuk dividen yang stabil dan kerap hasil daripada bayaran sewa yang dibayar oleh penyewa hartanah. Disamping itu, pemegang unit juga berpeluang untuk menerima sebarang kenaikan modal hasil daripada pemegangan aset hartanah tersebut bagi sesuatu tempoh masa
Struktur Pelaburan REIT?
Pada dasarnya, struktur REIT adalah sama seperti mana-mana tabung unit amanah dan membabitkan pihak-pihak yang berikut:

Hubungan tiga hala antara pemegang unit, syarikat pengurusan dan pemegang amanah (trustee) diikat oleh undang-undang dengan surat ikatan amanah (trust deed). Suratikatan amanah pada asasnya ialah satu dokumen formal yang menggariskan objektif dan dasar REIT, serta kewajipan dan tanggungjawab syarikat pengurusan dan pemegang amanah.
Membongkar Rahsia REIT
Bagaimana hendak melabur dalam REIT?
Di Malaysia, semua REIT yang ditubuhkan tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. REIT yang tidak tersenarai boleh ditubuhkan dan terdapat di sesetengah negara lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak popular di Malaysia.
Bagi REIT yang tersenarai, urusan jual beli unit-unit REIT yang tersenarai adalah sama seperti membeli atau menjual saham di Bursa Malaysia. Pelabur yang ingin melabur dalam REIT ini perlu menggunakan khidmat remisier di broker-broker saham yang berlesen. Sepertimana saham-saham yang tersenarai lain, REIT boleh diurusniagakan pada premium atau diskaun terhadap nilai aset bersih (Net Asset value-NAV) masing-masing.
Bagi REIT yang tidak tersenarai pula, proses urusniaga boleh dilaksanakan di syarikat pengurusan atau melalui ejen tabung amanah yang bertauliah.
Perbezaan di antara REIT dan saham syarikatharta (property stock)
REIT
Saham syarikat harta (property stock)
REIT ialah tabung amanah yang melabur dalam hartanah (termasuk saham syarikat hartanah).
Saham syarikat harta merupakan saham syarikat yang berurusan atau mengendalikan portfolio hartanah
Syarikat pengurusan yang diluluskan oleh SC menguruskan REIT. Pemegang amanah (trustee) akan dilantik untuk memantau operasi REIT, menjaga asset hartanah serta melindungi kepentingan dan hak pemegang unit/pelabur.
Syarikat harta diuruskan sama seperti operasi syarikat perniagaan lain.
REIT mempunyai dasar pelaburan yang jelas dan melabur terutamanya dalam portfolio hartanah untuk menjana pendapatan dan keuntungan.
Syarikat harta memiliki hartanah dan perniagaannya tidak terbatas kepada menjalankan pelaburan hartanah semata-mata .
Pemegang amanah (trustee) berperanan menjaga kepentingan pelabur dalam pelaburan REIT disamping memantau operasi syarikat pengurusan dana amanah ini.
Lembaga pengarah dan bukan pemegang amanah (trustee) yang akan memantau pengurusan syarikat harta bagi melindungi aset syarikat dan hak pelabur.
Pelabur REIT tertakluk kepada bayaran atau yuran pengurusan yang dikenakan oleh syarikat pengurusan (management fees) dan pemegang amanah (trustees’ fees), disamping yuran transaksi broker saham (bagi REIT yang tersenarai).
Pelabur saham harta tidak tertakluk kepada bayaran pengurusan dan pemegang amanah. Bayaran yang akan dikenakan adalah yuran transaksi broker saham.
Apakah faedah melabur dalam REIT?
Pulangan yang stabil dan kerap
Objektif pelaburan REIT ialah untuk memberi pulangan yang stabil dan kerap kepada para pelabur. Kerajaan juga mengkehendaki REIT untuk membayar sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan tahunan REIT kepada pelabur sebagai syarat pengecualian cukai bagi REIT. Hasil daripada bayaran sewa daripada penyewa hartanahnya dan syarat pengecualian cukai Kerajaan, REIT dapat mencapai objektif pelaburannya. Ciri REIT ini merupakan daya tarikan kepada pelabur yang sudah bersara, dana insuran, tabung unit amanah dan juga tabung pencen.
Cukai pendapatan yang rendah
Bagi menarik pelaburan di dalam REIT, Kerajaan juga telah menurunkan kadar cukai pendapatan ke atas pendapatan dividen yang diterima oleh pelabur daripada REIT. Kadar maksima cukai pendapatan selama 5 tahun bermula 2007 bagi pelabur individu dari Malaysia hanyalah 15% sahaja.
Pempelbagaian jenis hartanah (pelaburan di pelbagai jenis hartanah dan tempat, bukan di satu tempat sahaja)
Sebagai seorang pelabur runcit, jika anda ingin membeli pelbagai jenis hartanah di beberapa lokasi tertentu, ia memerlukan modal yang besar. Dengan melabur didalam REIT anda berpeluang melabur di dalam suatu produk yang melabur di dalam pelbagai jenis hartanah pada kedudukan geografi yang berbeza. Strategi pempelbagaian ini mengurangkan kesan negatif yang dikaitkan dengan pemegangan hartanah pada satu lokasi sahaja.
Akses kepadaPengurus Pelaburan Profesional
Tidak dinafikan bahawa untuk menguruskan portfolio pelaburan hartanah, seseorang itu memerlukan ilmu pengetahuan dalam bidang hartanah yang mendalam serta kepakaran tertentu. Disamping itu juga faktor masa juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan pelaburan tersebut. Dengan melabur didalam REIT, pelaburan hartanah anda akan diuruskan oleh Pengurus Pelaburan professional yang diluluskan berlesen yang arif dalam selok belok pelaburan hartanah .
Mudah dimiliki
Jika anda ingin membeli atau menjual rumah, selalunya proses transaksi tersebut mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Berbeza dengan REIT, dimana anda boleh membeli dan menjualnya dalam tempoh yang cepat. Apabila anda menjual REIT, anda akan memperolehi wang tunai dengan segera dan ini akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengambil kesempatan atas peluang pelaburan yang lain. Disamping itu, penyenaraian REIT di Bursa Malaysia juga menyumbang kepada kecairan produk pelaburan ini.
Memerlukan modal yang kecil
Berbeza dengan pelaburan hartanah secara langsung yang memerlukan pelabur mempunyai modal besar untuk melabur, REIT menawarkan peluang pelaburan didalam portfolio hartanah pada harga yang rendah.
Kos yang rendah
Jika anda membeli rumah kedai atau kediaman, kos seperti perjanjian jual beli, bayaran peguam dan duti setem akan menelan belanja beribu-ribu ringgit. Melalui pelaburan REIT, pelabur tidak akan dibebankan dengan kos tersebut kerana ia telah diserapkan dalam pengurusan pelaburan tersebut. Di samping itu, REIT juga diberi pelbagai insentif cukai oleh Kerajaan seperti pengecualian duti stem.
Pelabur sentiasa dilindungi undang-undang
Pelaburan REIT ini diwajibkan mematuhi ketetapan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Guidelines on Real Estate Investment Trusts. Tujuan utama akta dan peraturan ini adalah untuk melindungi pelabur daripada sebarang salah laku dalam pengurusan pelaburan tersebut.
Risiko pelaburan REIT
Pulangan atau keuntungan tidak dijamin
Lumrah pelaburan dimana ada turun naiknya, begitu juga dengan REIT. Bayaran dividen daripada pelaburan REIT tidak dijamin dan pulangan keseluruhan REIT tertakluk kepada prestasi pasaran hartanah. Oleh itu, harga satu unit REIT bergantung kepada nilai pasaran hartanah dan jika pasaran jatuh, kemungkinan besar harga REIT juga turut turun.
Pelabur tiada kawalan dalam keputusan pelaburan
Pelabur tidak mempunyai kawalan langsung terhadap keputusan pelaburan syarikat pengurusan. Contohnya, jenis harta yang dibeli, pada lokasi mana, bagaimana pengurusan hartanah itu akan dilaksanakan atau bila hendak membeli dan menjual hartanah tertentu.
Faktor risiko
Seperti produk pelaburan lain, REIT tertakluk kepada faktor permintaan dan penawaran pasaran. Oleh itu, turun naik pasaran, faktor ekonomi dan perubahan dalam kadar faedah turut mempengaruhi harga REIT.
Sebelum melabur…
Sebelum melabur dalam REIT, pastikan anda telah melakukan perkara-perkara berikut:
Baca dan fahami prospektus REIT sepenuhnya;
Teliti senarai hartanah yang disertakan dalam portfolio pelaburan REIT, seperti lokasi hartanah, jenis-jenis penyewa, jangka masa sewaan, bayaran sewa yang masih tertunggak dan maklumat pelaburan lain yang berkaitan (misalannya, polisi dividen dan bayaran serta caj);
Analisa dan fahami laporan tahunan dana.
Jadi, jika anda berfikir untuk melabur dalam REIT, dapatkan sebanyak maklumat yang boleh mengenai produk itu daripada syarikat pengurusan bagi membantu anda membuat keputusan yang baik berdasarkan maklumat. Jika ragu-ragu mengenai tindakan yang patut diambil, hubungi broker saham anda atau mana-mana penasihat pelaburan profesional berlesen.
Produk REIT yang terdapat dipasaran ketika ini:
Syarikat Pengurusan Produk REIT
AmARA REIT Managers Sdn Bhd
AmFirst REIT
Pelaburan Hartanah Nasional Berhad
Amanah Harta Tanah PNB
Amanah Harta Tanah PNB2
AXIS REIT Managers Berhad
Axis Real Estate Investment Trust
Pintar Project Sdn Bhd
Starhill Real Estate Investment Trust
UOA Asset Management Sdn Bhd
UOA Real Estate Investment Trust
GLM REIT Management Sdn Bhd
Tower Real Estate Investment Trust
Damansara Managers Sdn Bhd
Al-'Aqar KPJ Real Estate Investment Trust
AmanahRaya-JMF Asset Mgmt Sdn Bhd
AmanahRaya Real Estate Investment Trust
Hektar REIT Managers Sdn Bhd
Hektar Real Estate Investment Trust
Quill Capita Management Sdn Bhd
Quill Capita Trust
Atrium REIT Managers Sdn Bhd
Atrium REIT
Boustead REIT Managers Sdn Bhd
Al-Hadharah Boustead REIT
*Senarai sehingga 17 Julai 2007
Tempoh Bertenang
Ke hadapan Orang Ringgit,
Soalan Lazim:
Baru-baru ini, ibu saya yang sudah lanjut usia, melabur dalam produk unit amanah melalui seorang ejen unit amanah sebuah bank tempatan. Ejen itu memberitahu ibu saya bahawa dengan melabur dalam dana itu, ibu saya akan dapat lebih banyak duit kerana pulangannya lebih tinggi daripada simpanan tetap. Untuk lebih meyakinkan lagi ibu saya, ejen itu
memberi jaminan bahawa bank itu mempunyai pengurus wang profesional yang akan mengawal wang ibu saya dan ibu saya tidak akan kerugian walau sesen pun daripada pelaburan tersebut. Ibu saya tidak diberitahu mengenai risiko pergerakan pasaran dan kesannya ke atas harga unit, serta pulangan pelaburan tidak dijamin. Ibu saya yang tidak arif mengenai pelaburan, percaya kepada ejen itu dan melabur dalam unit amanah tersebut.
Saya tahu ibu saya sepatutnya membaca prospektus, tetapi dia tidak begitu pandai membaca dan sukar memahami bahasa yang digunakan dalam prospektus. Oleh itu, kata-kata ejen itu merupakan satu-satunya sumber maklumat bagi ibu saya.
Bolehkah ibu saya mendapat wangnya semula dan di mana dia boleh membuat aduan terhadap ejen yang tidak bertanggungjawab itu?
Jawapan:
Pernahkah anda mendengar mengenai tempoh bertenang? Ini merupakan hak yang diberikan kepada setiap pelabur unit amanah. Tempoh bertenang ialah masa yang diberikan kepada pelabur untuk memikirkan semula sama ada hendak meneruskan pelaburan dalam dana unit amanah itu atau tidak. Pada dasarnya, tempoh bertenang bermula selepas sahaja seseorang pelabur melabur dalam dana unit amanah. Tempoh bertenang ialah enam hari bekerja daripada “tarikh permohonan” iaitu tarikh belian unit amanah tersebut. Pada umumnya ini terkandung dalam prospektus. Dalam tempoh ini, pelabur unit amanah boleh memilih sama ada untuk menarik diri atau meneruskan pelaburan dalam unit amanah itu. Sekiranya pelabur memilih untuk menarik diri daripada melabur dalam dana unit amanah itu dalam tempoh bertenang, pelabur itu berhak mendapat semula sepenuhnya wang yang dilaburkan, termasuk yuran yang dibayar.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa hak bagi tempoh bertenang itu bukanlah hak kekal kerana hak ini hanya diberikan kepada pelabur yang melabur dalam produk sesebuah syarikat pengurusan unit amanah bagi kali pertama. Misalannya, jika ibu anda membeli satu produk unit amanah daripada Syarikat A, dan inilah kali pertama dia melabur dalam produk unit amanah yang ditawarkan oleh syarikat itu, bolehlah dia melaksanakan haknya untuk tempoh bertenang. Sekiranya dia mahu melabur lagi dalam produk lain syarikat yang sama iaitu Syarikat A, tiada lagi tempoh bertenang baginya.
Jadi, lain kali jika anda atau ibu anda melabur dalam produk unit amanah, ingatlah bahawa anda boleh melaksanakan hak anda bagi tempoh bertenang. Cuma pastikan hak itu dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Berhubung dengan perasaan tidak puas hati atau rungutan terhadap ejen atau syarikat unit amanah, anda boleh membuat aduan kepada:
Persekutuan Pengurus-pengurus Amanah Saham (FMUTM)
19-07-3, 7th Floor, Plaza Kelanamas
19, Lorong Dungun
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Tel: (603) 2093 2600
Faks: (603) 2093 2700
E-mel: info@fmutm.com.my
Tapak web: www.fmutm.com.my
Atau
Jabatan Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti
3, Persiaran Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Tel: (603) 6204 8999
Faks: (603) 6204 8991
E-mel: aduan@seccom.com.my
Oleh itu, jika anda atau ibu anda merancang untuk melabur lagi, berusahalah untuk mendapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh, supaya anda dapat membuat keputusan berdasarkan pengetahuan yang kukuh dan tidak mudah dipengaruhi oleh ejen atau jurujual yang menggunakan muslihat jualan yang begitu menekan. Dalam hal ibu anda, nasihati dia supaya memberitahu anda terlebih dahulu sebelum melaburkan wang hasil titik peluhnya itu.
Sekian.
Saya Hendak Melabur Dalam Dana Yang Mana?
Panduan asas memilih dana unit amanah yang betul
“Dana yang mana patut saya pilih?” merupakan soalan lazim di kalangan pelabur unit amanah. Memilih dana yang betul bukanlah mudah. Bagaimanapun, panduan asas yang disediakan di sini boleh membantu menentukan dana paling bersesuaian dengan anda.
Adakah anda tahu mengapa anda melabur?
Setiap pelabur mempunyai keperluan dan objektif pelaburan yang berbeza-beza. Sesetengah pelabur melabur sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan, manakala sebahagian yang lain melabur sebagai tabungan pendidikan anak-anak. Sebagai pelabur, anda mesti jelas mengenai objektif pelaburan anda. Ini membantu anda menentukan dana yang tepat untuk anda. Misalannya, jika anda mencari satu sumber pendapatan tetap, anda mungkin TIDAK MAHU melabur dalam unit amanah yang sasarannya adalah untuk memperoleh untung modal.
Ketahui profil risiko anda
Setelah menetapkan objektif, buat penilaian terhadap profil risiko anda. Dalam pelaburan, risiko bermakna kemungkinan mengalami kerugian. Setiap pelabur mempunyai profil risiko yang berbeza. Sesetengah pelabur bersedia mengambil risiko yang tinggi manakala sebahagian lagi tidak. Sebagai pelabur, anda mesti sentiasa menilai profil risiko anda dan benar-benar memahami berapa banyak risiko yang anda boleh ambil, atau lebih jelas lagi, berapa banyak kerugian yang anda bersedia tanggung. Dana yang berlainan mempunyai tahap risiko yang berbeza dan sentiasa ingat bahawa pulangan yang tinggi bermakna risikonya pun tinggi. Kebolehan untuk benar-benar mengetahui dan memahami profil risiko anda adalah amat penting. Kebolehan itu memberikan anda penumpuan dan boleh menghalang anda daripada terpengaruh dengan pelbagai brosur berwarna-warni dan janji-janji ejen anda yang boleh mendorong anda memilih dana yang tidak sesuai dengan anda.
Buat kajian
Setelah anda pasti mengenai objektif pelaburan dan profil risiko anda, tibalah masanya untuk anda mendapatkan semua maklumat yang berkenaan. Sumber maklumat anda boleh diperoleh daripada yang berikut:
Prospektus
Ini ialah dokumen penting untuk pelabur unit amanah. Malangnya, kebanyakan pelabur tidak ambil berat untuk membaca kandungan prospektus dan lebih suka bergantung kepada ejen untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai sesuatu dana. Jika anda mahu menjadi pelabur yang serius, dinasihatkan supaya anda membaca prospektus kerana sebahagian besar maklumat asas, contohnya objektif dana, kelayakan dan pengalaman pengurus dana, yuran dan caj, serta maklumat lain yang berkaitan, ada dalam prospektus. Anda boleh mendapatkan prospektus daripada syarikat pengurusan unit amanah. Selain itu, perpustakaan SIDC yang terbuka kepada orang awam, mempunyai set lengkap semua prospektus dana unit amanah. Silalah ke perpustakaan tersebut.
Akhbar
Akhbar merupakan sumber maklumat paling mudah diperoleh oleh pelabur unit amanah. Biasanya, akbar memaparkan berita dan data mengenai dana unit amanah.
Perancang kewangan
Konsep ini masih baru di Malaysia. Perancang kewangan sepatutnya boleh membantu anda menentukan dana yang paling bersesuaian untuk membuat pelaburan. Tetapi jika anda bercadang menggunakan khidmat mereka, tanya dulu sama ada mereka itu perancangan kewangan bebas atau sebaliknya. Perancang kewangan bebas mungkin menerima komisen bagi produk yang mereka cadangkan. Sebagai pelanggan, anda patut diberitahu mengenainya dan anda tidak sepatutnya dipaksa melabur dalam produk tersebut.
Semak latar belakang dan pengalaman pengurus dana
Sebelum melaburkan wang hasil titik peluh anda itu, amat mustahak anda mengetahui latar belakang dan pengalaman pengurus dana. Selain itu, periksa sama ada pengurus dana itu dilesenkan oleh pihak berkuasa, dengan melayari tapak web Suruhanjaya Sekuriti.
Jangan bergantung semata-mata kepada prestasi lalu dana
Anda tidak boleh melihat kepada prestasi lalu semata-mata sebagai asas untuk mengukur prestasi akan datang sesuatu dana. Ingatlah bahawa prestasi lalu tidak menggambarkan pulangan akan datang. Selain itu, tidak semua dana di bawah syarikat pengurusan yang sama mencapai prestasi yang sama.
Pilih dana yang sejajar dengan objektif pelaburan anda
Dana yang sesuai ialah dana yang memberikan anda pulangan yang baik dan juga memenuhi objektif pelaburan dan profil risiko anda. Sebagai contoh, jika anda seorang pesara, anda mungkin tidak mahu melabur dalam dana yang mempunyai pertumbuhan pesat, walaupun dana itu menjanjikan pulangan tinggi. Sebaliknya, anda mungkin mahu menimbangkan untuk melabur dalam dana yang menghasilkan pendapatan yang tetap dan stabil walaupun pulangannya rendah. Dengan menentukan sendiri objektif dan memahami profil risiko serta mengumpulkan maklumat berkaitan, anda sepatutnya boleh menentukan dana yang sesuai untuk melaburkan wang anda
Ini hanyalah panduan asas dan umum untuk memilih dana unit amanah yang sesuai untuk anda dan tidak terhad setakat yang dipaparkan sahaja. Sebagai pelabur bijak, anda mesti mengambil semua usaha dan inisiatif yang perlu untuk menjadikan keputusan pelaburan anda sebagai satu keputusan berasakan maklumat. Ingatlah bahawa keputusan pelaburan anda ialah hak milik mutlak anda. Jadi, buatlah pilihan bijak.
Menolak Mitos Unit Amanah
Terdapat beberapa salah anggap yang patut diketahui oleh pelabur unit amanah. Bacalah seterusnya untuk mengetahui cerita sebenar di sebalik tujuh mitos biasa dalam pelaburan unit amanah.
1. Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pengagihan dividen dan bonus hampir hendak diumumkan.
Tidak benar. Jika ejen unit amanah menasihatkan anda supaya melabur dalam unit amanah kerana bayaran dividen dan bonus akan dibayar tidak berapa lama lagi dan anda akan mendapat keuntungan segera, fikir baik-baik. Anda perlu mengetahui perkara yang terbabit dalam pengagihan bonus dan dividen unit amanah. Bonus akan meningkatkan jumlah unit dalam dana tersebut. Misalannya, pelaburan anda dalam suatu dana berharga RM1 satu unit dan anda melabur RM1,000 bagi 1,000 unit. Dana itu kemudiannya memberikan bonus sebanyak satu unit bagi setiap satu unit yang anda miliki (bonus satu-untuk-satu). Selepas itu, anda memiliki 2,000 unit. Tetapi unit tambahan itu tidak menaikkan nilai pelaburan anda kepada RM2,000. Nilainya kekal RM1,000 kerana unit tambahan itu sebenarnya mengurangkan nilai unit anda daripada RM1 kepada RM0.50 (RM1,000 dibahagi dengan 2,000 unit). Begitu juga, jika dana anda mengumumkan dividen sebanyak 5% atau RM0.05, nilai unit anda akan berkurangan daripada RM1 kepada RM0.95 selepas dividen diagihkan. Dividen itu tidak akan menaikkan nilai unit anda kepada RM1.05. Jadi, melabur sebelum bayaran dividen atau bonus diumumkan bukanlah cara untuk mendapat keuntungan segera. Sentiasa berfikir jangka panjang ketika melabur dalam unit amanah.
2. Sentiasa pilih dana yang dahulunya memberikan anda pulangan tinggi.
Tidak benar. Prestasi lalu tidak menggambarkan prestasi masa akan datang. Pelabur tidak harus melihat kepada rekod prestasi lalu untuk meramalkan prospek akan datang. Kaji strategi pelaburan dan pengagihan aset dana tersebut untuk memantapkan keputusan pelaburan anda. Pada umumnya, pengagihan aset mempunyai sumbangan penting kepada pulangan keseluruhan dana.
3. Semua dana unit amanah sama.
Tidak benar. Terdapat pelbagai dana dengan objektif pelaburan yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai ciri-ciri dan elemen risiko yang berbeza. Pelabur MESTI membaca prospektus dana untuk mempelajari dana tersebut dan harus menimbangkan untuk memilih dana yang sejajar dengan keperluan pelaburan dan profil risiko mereka. Anda mungkin melabur dalam dana yang salah jika anda fikir semua dana unit amanah sama.
4. Pulangannya hanyalah dividen.
Tidak benar. Pelabur boleh mengukur prestasi pelaburan mereka dalam unit amanah melalui pelbagai cara. Ini lazimnya meliputi pengiraan untung modal (jumlah selepas harga jualan ditolak harga belian) atau jumlah pengagihan yang diterima daripada dana. Bagaimanapun, kaedah paling berkesan dalam mengukur prestasi ialah dengan memasukkan kedua-duanya sekali. Pengukuran prestasi ini dipanggil pulangan keseluruhan kerana membabitkan semua sumber pendapatan iaitu dividen dan untung modal (atau rugi).
5. Unit amanah ialah akaun simpanan dan bebas daripada risiko.
Tidak benar. Pelaburan dalam unit amanah tidak sama dengan menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Jika anda melaburkan RM1,000, anda mestilah bersedia menerima hakikat bahawa ada kemungkinan akhirnya wang anda itu berkurangan daripada jumlah yang anda laburkan. Ini kerana pelaburan anda terdedah kepada risiko dan anda mungkin menanggung kerugian disebabkan oleh risiko tersebut. Semua bentuk pelaburan mempunyai tahap risikonya sendiri dan pelabur mestilah bersedia untuk menerima risiko tersebut.
6. Percaya kepada hanya satu syarikat pengurusan sahaja.
Tidak benar. Bukan semua dana daripada syarikat pengurusan yang sama memberikan prestasi atau pulangan yang sama kerana dana tersebut mungkin mempunyai objektif pelaburan yang berbeza-beza dan kerana itu, mempunyai elemen risiko dan pendedahan yang berlainan. Bergantung kepada keadaan pasaran, setiap dana mempunyai prestasi berlainan walaupun syarikat pengurusan yang sama menguruskannya.
7. Kata-kata ejen anda semuanya benar.
Tidak benar. Sentiasa semak apa sahaja yang dikatakan oleh ejen anda. Jika anda tidak jelas atau merasakan bahawa apa yang dikatakannya itu terlalu sukar untuk dipercayai, kemukakan seberapa banyak soalan yang anda mahu. Soalan yang anda fikir “bodoh” mungkin sebenarnya soalan penting untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat. Pada masa yang sama, buat kajian dan dapatkan sebanyak mana maklumat yang boleh untuk membantu anda membuat keputusan yang bermaklumat. Jangan melabur sehingga anda puas hati dengan maklumat yang diberikan kepada anda. Ingatlah bahawa anda yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas keputusan pelaburan yang anda lakukan dan bukannya ejen anda.
Sejauh Mana Pengetahuan Anda Mengenai Unit Amanah?
Berfikir untuk melabur dalam unit amanah? Adakah anda mempunyai pengetahuan asas? Cubalah kuiz ini dan ketahui sejauh mana pengetahuan anda.
Soalan 1
Mana satu antara dokumen yang berikut mempunyai maklumat mengenai dana unit amanah yang penting bagi pelabur?
(A) Laporan tahunan
(B) Prospektus
(C) Surat ikatan amanah
(D) Laporan kewangan
Soalan 2
Mana satu antara badan berkuasa yang berikut mengawal selia industri unit amanah di Malaysia?
(A) Suruhanjaya Sekuriti
(B) Bank Negara Malaysia
(C) Kementerian Kewangan
(D) Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Soalan 3
Siapakah yang perlu anda hubungi sekiranya anda ingin membuat aduan terhadap ejen unit amanah?
(A) Bank Negara Malaysia
(B) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(C) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(D) Persekutuan Pengurus-pengurus Amanah Saham Malaysia
Soalan 4
Apakah yang dimaksudkan dengan hak bagi “tempoh bertenang”?
(A) Hak yang diberikan kepada pelabur untuk menimbangkan semula sama ada hendak terus melabur dalam dana unit amanah atau tidak.
(B) Hak untuk membeli unit amanah tambahan pada harga tara/harga par.
(C) Hak untuk menjual unit saham amanah anda kepada pihak pengurusan pada harga yang lebih tinggi daripada harga belian.
(D) Hak untuk mendapat unit bonus tambahan daripada syarikat pengurusan.
Soalan 5
Mana antara bayaran dan caj yang berikut boleh dikaitkan dengan skim unit amanah?
(i) Fi pengurusan
(ii) Fi pemegang amanah
(iii) Fi penjelasan (clearing fees)
(iv) Fi/caj jualan
(A) i dan ii sahaja
(B) ii dan iv sahaja
(C) i, ii dan iii sahaja
(D) i, ii dan iv sahaja
Soalan 6
Apakah jenis pulangan yang pelabur boleh jangkakan daripada pelaburan dalam dana unit amanah?
(i) Untung modal
(ii) Dividen
(iii) Bayaran kupon
(iv) Bayaran faedah
(A) i dan ii sahaja
(B) ii dan iii sahaja
(C) ii dan iv sahaja
(D) i dan iv sahaja
Soalan 7
Manakah antara kenyataan yang berikut ini benar:
(A) Semua produk unit amanah mempunyai tahap risiko yang sama
(B) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan sederhana hingga jangka panjang
(C) Cara cepat untuk mendapat untung
(D) Pulangan daripada dana unit amanah adalah terjamin
Soalan 8
Produk unit amanah berasaskan prinsip-prinsip Syariah hanyalah untuk orang Islam sahaja.
(A) Betul
(B) Salah
Soalan 9
Jika anda membuat pinjaman untuk melabur dalam unit amanah, anda terdedah kepada–
(A) Risiko pasaran
(B) Turun naik kadar faedah
(C) Rugi modal
(D) Semua di atas
Soalan 10
Manakah antara yang berikut diberi kuasa untuk bertindak sebagai penjaga dana dan menjaga kepentingan pelabur unit amanah?
(A) Syarikat pengurusan unit amanah
(B) Pemegang amanah
(C) Ejen unit amanah
(D) Persekutuan Pengurus-pengurus Amanah Saham
Panduan Pelabur Mengenai Dana Dagangan Bursa Apa dia ETF?
Umumnya, dana dagangan bursa (ETF) ialah dana penjejak indeks yang tersenarai dam didagangkan di bursa saham seperti saham.
Apakah ciri-ciri utama ETF?
Secara umum, ETF mempunyai ciri-ciri yang berikut:
Penjejak indeks
ETF yang direka untuk menjejak prestasi sesuatu indeks (contohnya, IKKL, indeks bon, dan lain-lain).
Dagangan bursa
ETF distrukturkan sebagai satu unit amanah tetapi boleh juga didagangkan di bursa saham, contohnya, saham seperti Bursa Malaysia, ketika dagangan biasa. Pelabur boleh membeli dan menjual ETF melalui broker saham berlesen mereka pada bila-bila masa sahaja pada waktu dagangan.
Bayaran dan caj
Ada dua jenis bayaran dan caj iaitu bayaran pengurusan dana (bayaran pengurusan dan kos pentadbiran lain) dan kos dagangan. Bayaran pengurusan dana biasanya ditolak daripada aset ETF, dan nilai bersih aset (NAV) turut mendapat kesannya. Berdagang ETF di Bursa Malaysia turut melibatkan kos transaksi, seperti bayaran brokeraj, duti setem dan lain-lain.
Nilai aset bersih dan harga dagangan
Setiap ETF mempunyai NAV yang dikira dengan merujuk kepada nilai pasaran sekuriti yang dipegang. Bagaimanapun, dagangan ETF di Bursa Malaysia, misalannya saham, ditentukan oleh permintaan dan penawaran pasaran. Pelabur juga perlu ingat bahawa harga dagangan ETF mungkin tidak sama dengan NAVnya.
Hak dividen
ETF mungkin atau mungkin tidak mengagihkan dividen, bergantung pada dasar dividennya.
Dana terkawal
Seperti dana lain yang dibenarkan, ETF perlu mematuhi keperluan pengawalseliaan yang relevan seperti yang ditetapkan oleh SC. Pelabur perlu mengambil perhatian bahawa kebenaran SC bukan menandakan pengesahannya terhadap sesuatu produk.
Bagaimana sesuatu unit ETF diwujudkan?

Risiko berbanding manfaat
Jadual di bawah menyenaraikan sebahagian daripada manfaat dan risiko apabila melabur di ETF.
Manfaat
Risiko
• Mudah untuk didagangkan
ETF boleh didagangkan melalui broker berlesen bila-bila masa pada waktu dagangan dan diselesaikan cara yang sama seperti stok/saham.
• Risiko pasaran
ETF terdedah kepada risiko ekonomi, politik, mata wang, perundangan dan risiko lain yang terdapat dalam sesuatu sektor atau pasaran, yang mempengaruhi prestasi indeks yang dijejaki oleh ETF.
• Kos yang rendah
ETF didagangkan dalam lot niaga yang biasanya dikekalkan pada tahap boleh mampu. Ia juga menawarkan sekumpulan sekuriti yang luas bagi pelaburan minimum.
• Mengesan kesilapan
Merujuk kepada perbezaan antara prestasi ETF (yang diukur melalui NAVnya) dan prestasi indeks pendasar. Bergantung kepada strategi ETF tertentu, ia mungkin tidak memegang semua sekuriti seinduk bagi sesuatu indeks pendasar dalam perwajaran yang sama bagi indeks tersebut. Oleh itu, prestasi sekuriti yang menjadi pendasar ETF mungkin mengatasi prestasi atau lebih rendah daripada prestasi indeks tersebut dan ini diperlihatkan dalam NAVnya.
• Pempelbagaian
Dengan melabur dalam ETF, anda boleh membuat untung dan rugi yang sama dalam himpunan sekuriti yang dijejaki oleh ETF tanpa perlu menanggung perbelanjaan membeli sendiri semua sekuriti pendasar itu.
• Pencairan
ETF didagangkan berterusan di bursa pada waktu dagangan.
• Ketelusan
Indeks pendasar dan sekuriti seinduk ETF adalah telus, dan sebut harga disebarkan dalam masa dagangan. Selain itu, maklumat dagangan ETF mudah diperoleh pada masa yang sebenar.
Buat rujukan sebelum melabur
Sebelum melabur dalam ETF, baca prospektus dan perhatikan perkara yang berikut:
Maklumat mengenai indeks yang dijejaki oleh ETF (contohnya: IKKL, indeks bon, dan dsb.)
Objektif dan strategi pelaburan ETF
Bayaran, caj dan kos dagangan yang ditanggung oleh pelabur
Polisi dividen ETF
Maklumat mengenai syarikat pengurusan
Saluran yang melaluinya maklumat dagangan ETF disediakan atau dizahirkan.
Selepas membaca prospektus dan bahan-bahan penting lain dan menimbangkan objektif pelaburan, tahap tanggung risiko, dan jumlah dana yang tersedia, anda boleh memutuskan sama ada ETF itu bersesuaian dengan keperluan pelaburan anda.
Ke Dunia Antarabangsa dengan Dana Global
Semenjak liberalisasi ke atas peraturan pentadbiran bursa asing oleh Bank Negara pada 1 April 2005, Malaysia telah menyaksikan pelancaran beberapa dana global oleh sebilangan syarikat pengurusan unit amanah. Pelabur Malaysia kini berpeluang melabur dalam sekuriti yang didagangkan di pasaran asing melalui alat pelaburan dalam bentuk dana global.
5 Years study EPF vs Unit Trust:
We have read a lot of theory about the return between Unit Trust (UT) investor who get more profit compare people who have EPF contribution alone, so why not we make a study to know the actual result how much contributor earn when he changes his mind to invest in UT compare to people who just stand to save their money in EPF only.
Objective:
The objective of this study is to compare the actual value of UT invesment with EPF contribution in 5 years. Before we go further details, this is some assumption we have made in this study:
Assumption:
The contributor start to invest in UT when his EPF achieve RM100,000.00
Monthly contribution to EPF include employee and employer contribution is RM600.00
Yearly return for EPF is 5% per annum
The contributor does not redeem his investment from UT back to EPF account
No promotion and increasing for epf contribution in 5 years.
To compare both investment, we have divide this study to two section which is EPF investment plus UT investment and EPF investment only.
First section: EPF Contribution plus UT investment
Method/Assumption :
The contributor start to invest in Unit Trust on the 6th January 2003 with initial investment RM10,000.00
* How to calculate the initial investment
Assumption 1
Total Contribution in EPF first account is RM100,000.00 so to calculate the initial use this formula
20% x [ Total EPF (Acc. 1) - RM50,000.00 ]
Calculation
20% x (RM100,000.00 - RM50,000.00) = RM10,000.00
Current Value in EPF (Acc 1) after Unit Trust investment= RM90,000.00
In unit trust investment scheme, EPF contributor can invest every 3 months from his EPF to Unit Trust scheme, so the next investment for the contributor is 6th April 2003 with total RM8360.00
* How to calculate second investment
Assumption 2
Monthly contribution of the contributor is RM600.00 include employee and employer contribution, so total contribution for 3 months is RM1800.00
To calculate second investment, we must add RM1800.00 to the contributor first account (which have been deduct RM10,000.00 for initial investment in Unit Trust)
Calculation :
1. RM90,000.00 + RM1800.00 = RM91,800.00
2. 20% x [ Total EPF (Acc.1) - RM50,000.00]
20% x [ RM91,800.00 - RM50,000.00 ] = RM8360.00
the result = RM8360.00 is the second investment to Unit Trust Investor
The next investment for July and October using the same method as second investment, anyway, when we start on the next January let say 6th January 2004 we must assume that the EPF already declare 5% dividen. So
Assumption 3
When EPF declare the dividen let say 5%, we must add value to the contributor first account. On December 2003, Total contributor first account after the deduct the January, April, July and October investment is RM75,800.00 (remember assumption 2)
So to calculate the total value in the contributor first account after the dividen use this formula
Current Value = Dividen + Total Value EPF (Acc 1)
= 5% [Total Value EPF (Acc.1)] + Total Value EPF(Acc. 1)
= RM3790.00 + RM75,800.00
= RM79,590.00
The result RM79,590.00 is the current value for the EPF contributor (Acc. 1) after dividen declaration. In this study, we have added the value for every January investment 2003 to 2007.
Table 1:
Table 1 above shows the investment to Unit Trust from EPF first account. The last investment have been done by the ontributor is 6th July 2007.
How about the result?
Result:
The graph above shows the current invested value by the contributor which is in blue print, the value is RM81,830.00. The total return ior the contributor is 52.809% (green print) actual to the current value which is RM125,043.30 which shows in red print.
So to calculate total money own by the contributor, we must add the current value in EPF(Acc 1) with the current value in UT scheme
Total = Current Value in UT + Current Value in EPF (Acc 1)
= RM125,043.~ + RM61,328.00
= RM186,371.00
Let we see what the contributor get when he just save the money in EPF alone.
Section 2 : EPF Contribution Only
January 2003 RM100,000.00 + RM600.00 x 12 = RM107,200.00 + dividen (5%)
January 2004 RM112,560.00 + RM600.00 x 12 = RM119,760.00 + dividen (5%)
January 2005 RM125,748.00 + RM600.00 x 12 = RM132,948.00 + dividen (5%)
January 2006 RM139,595.00 + RM600.00 x 12 = RM146,794.00 + dividen (5%)
January 2007 RM154,134.00 + RM600.00 x 9 = RM159,534.00 (Sept 2007)
Total value is : RM159,534.00
Conclusion :
Total Value for section 1 : RM186,371.00 (EPF plus UT)
Total Value for section 2 : RM159,534.00 (EPF only)
The comparative value : RM186,371.00 - RM159,534.00 = RM26,837.00
This study shows that, the contributor who consider to add the value of his money will get extra RM26,837.00 compare to the contributor who just stand to his EPF investment alone. This is almost 5 years study, how about the contributor start investment early and discipline to invest for 10-20 years, he will get double or triple of his EPF account based on compounding effect.
Anyway, RM26,837 is equivalent to the annual salary for employee which earning RM2000.00 monthly. It is a huge money, Unit trust is the best investment for EPF contributor to add more value in his saving especially when he want to retired early and start his own business or living in a current lifestyle when retired.
start your investment now..!Kenapa CIMB Wealth Advisors?Ok I'll explain lil briefly about this CIMB investment.If we said Amanah Saham Berhad, in english could be Co Unit Trust, So, Unit Trust CIMB could be said Amanah Saham CIMB.Apa perbezaan ASB dan CIMB is, ASB doesn't really effected with fluctuate of the market compare to CIMB unit trust. Jadi kalo market really good like current market, our funds can give the investor big return like 15-25% per annum compare to ASBwhich always stick to 7-8% every year.Kalo market goes down pulak, your investment would be secure with CIMB by follow our strategy. Normal rate for the investment in CIMB is 10-15% profit per annum.This is legal investment, everything you do you need licensed.Investment in Unit trust divert to three types:1. EPF Investment2. Cash3. Regular SavingThis is some sample of the investment:1. CIMB Double Growth Fund. CIMB Index Linked Fund. CIMB Strategic Equity Fund. Bagaimana baca that Graph? Untuk permulaan Fund Islamic Fund. Minimum is RM500.00Conventional fund start from RM100.00 CIMB are the biggest Islamic Fund in Malaysia.Tabung Haji also invest with CIMB since 2003, we give them 10%, then they give you 4% and they take 6%..why dont you go directly to us and get directly 10% profit ?Bagaimana mendapat keuntungan di Unit Trust ?
Saya akan terangkan secara ringkas bagaimana pelabur mendapat keuntungan dari pelaburan di unit trust dan beberapa stategi penting yang mesti dipakai supaya pelabur tidak mengalami kerugian dalam pelaburan.
Dalam unit trust, kebanyakan keuntungan tidak hanya bergantung kepada dividen atau bonus seperti ASB atau EPF setiap tahun, UT lebih terbuka kepada pasaran modal semasa kerana pengurus dana UT boleh melabur sehingga 95% kedalam ekuiti samada First Board, Second Board ataupun MESDAQ jika pasaran saham mempunyai potensi untuk mendapat untung yang tinggi.
Berbeza dengan ASB atau pun EPF, pengurus dana tidak boleh melabur kedalam ekuiti dengan peratusan yang besar, biasanya adalah dalam linkungan 20-30% sahaja.
Oleh kerana UT lebih terbuka kepada pasaran ekonomi semasa, UT akan mengalami kenaikan atau penurunan selaras dengan pergerakan ekonomi (fluctuate). Kenaikan nilai unit akan memberikan keuntungan kepada pelabur.
Saya ambil contoh: jika pelabur membeli dengan harga RM1.00 untuk satu unit, apabila harga unit naik kepada RM1.10, pelabur sudah mendapat keuntungan sebanyak 10% tanpa perlu menunggu dividen ataupun bonus yang akan diumumkan oleh pengurus dana.
Gambarajah 1:

Contohnya pelabur A melabur RM10,000.00 kedalam dana 123 pada 1hb Januari dengan harga RM1.00 untuk satu unit, maka pelabur A akan mendapat 10,000 unit bagi Dana 123.
Pada bulan April, harga unit telah naik sebanyak RM1.10, maka pelabur telah menjual semua unitnya yang berjumlah 10,000 unit dengan harga RM1.10, maka pelabur A telah mendapat jumlah semuanya RM11,000.00 iaitu pertambahan RM1000.00 dari modal asal.
Peratusan keuntungan pelabur A adalah sebanyak 10% dalam tempoh masa 4 bulan. 10% keuntungan pelabur A adalah dari kenaikan harga unit sahaja tanpa ada dividen atau bonus.
Bagaimana ingin membuat keuntungan semasa harga jatuh? (Dollar Cost Down)
Sebenarnya didalam pelaburan UT, sejak 1972, harga unit sentiasa naik dan turun, pergerakan UT adalah dalam bentuk circle. Jika semasa pasaran sedang naik, pelabur akan berterusan mendapat keuntungan seperti gambarajah diatas, tetapi semasa harga jatuh, jika pelabur mengeluarkan pelaburannya pelabur akan rugi.
Saya ambil contoh, Pelabur B melabur sebanyak RM10,000.00 dalam dana P pada Januari dengan harga RM1.00 untuk satu unit, maka pelabur B memegang 10,000 unit. Pada bulan Februari, harga unit dana P jatuh kepada RM0.80, oleh kerana pelabur B tertekan atau panik, dia menjual semua pegangannya dengan harga RM0.80 seunit dan mendapat balik wang sebanyak RM8000.00. Maka pelabur B sudah mengalami kerugian sebanyak RM2000.00.
Jika pelabur B adalah pelabur yang bijak, pelabur B sepatutnya melakukan "Dollar Cost Down" strategy semasa harga jatuh. Cuba fikirkan konsep pelaburan "beli masa harga rendah, jual masa harga mahal", pelabur B telah melakukan kesilapan dengan melanggar hukum pelaburan ini iaitu menjual semasa harga rendah dan mengalami kerugian.
Bagaimana melakukan "Dollar Cost Down"
Gambarajah 2:

Jika pelabur B seorang pelabur yang bijak, semasa harga jatuh RM0.80 pada bulan April,jika pelabur B mempunyai wang yang lain, beliau sepatutnya menambah pelaburan semasa harga rendah. Cuba kita kira, jika pelabur B membeli 10,000 unit lagi dengan harga RM0.80 seunit, purata modal seunit akan dikurangkan.
Purata seunit = (1.00 + 0.80) / 2
= 0.90
Oleh kerana pelabur B telah mengurangkan kos unit pelaburannya, semasa harga naik kembali kepada RM1.00 pelabur B telah mebuat keuntungan sebanyak 10% daripada 20,000 unit (ingat, pelabur B telah menambah pelaburannya), maka pelabur B tidak perlu menunggu harga naik kepada RM1.10 untuk mendapat pulangan 10%.
Jika anda pelabur, adakah anda ingin 10% dari 10,000 unit atau 10% dari 20,000 unit? , so pelabur B telah menjimatkan masanya dan yang paling penting beliau menang dalam situasi tersebut "win-win situation"
Adakah betul Harga UT akan sentiasa naik bila jatuh?
Sejak UT wujud di Malaysia tahun 1972, pergerakan harga unit trust sentiasa dalam bentuk "cycle", iaitu setiap kali ia naik, ia akan turun dan setiap kali dia turun dia akan naik, cuma tempoh kenaikan dan penurunannya tidak menentu, biasanya adalah dalam tempoh 2-3 tahun.

Harga unit trust mengalami kenaikan dan penurunan selaras dengan pergerakan KLCI (penentu aras ekonomi negara), jika anda perhatikan, tempoh harga naik turun adalah sekitar 2-3 tahun.
Dalam pelaburan UT macam mana pun, sebagai pelabur anda perlu melakukan asset allocation yang sesuai dengan objektif pelaburan anda. Jika anda tidak pasti membuat keputusan, minta bantuan konsultan anda.
Strategi 10 tahun Dr. Niki Syuhada ( TOP CIMB GAM) untuk untung di UT
Anggap pelaburan UT adalah pelaburan sederhana dan jangka panjang, iaitu untuk tempoh 3-5 tahun
Setkan terget anda, jika anda rasa 10% untung untuk tempoh setahun sudah memadai, maka anda seharusnya keluarkan pelaburan anda apabila sudah mencapai 10% dan jangan keluarkannya sebelum target anda tercapai
Jadi pelabur yang aktif, sentiasa membeli semasa harga murah dan menjual semasa harga mahal.
Monitoring system by consultant , pastikan konsultan anda sentiasa memantau pergerakan pelaburan anda. Oleh kerana, pelaburan memerlukan penelitian yang lama dan berterusan, adalah tidak bermanfaat jika anda melabur di UT tanpa bantuan konsultan anda kerana anda akan menjadi pelabur yang pasif dan tidak dapat membuat banyak keuntungan di UT. Lebih baik anda melabur di ASB.
Keluar bila sampai target, jangan tamak. Jika objektif anda iaitu 10% sudah dicapai, jangan teragak untuk keluarkan kerana jika tiba keesokan harinya harga jatuh, anda telah hilang peluang anda untuk mendapat untung.
Strategi "Diversified" Yang Berkesan:
"Diversify" atau diterjemahkan kedalam bahasa bermaksud "melakukan pecahan" merupakan salah satu strategi pelaburan yang paling penting dalam pelaburan unit amanah. Strategi "diversify" digunakan untuk meminimumkan risiko pelaburan pelabur dan pada masa yang sama memberikan pelabur mendapat pulangan yang lebih stabil.
Jika anda melabur di Amanah Saham Berhad (ASB) anda tidak berpeluang untuk melakukan strategi ini kerana anda tidak boleh memilih pelaburan dalam bentuk mana yang sesuai untuk anda, cuma apa yang anda perlu tahu, setiap akhir tahun anda akan mendapat dividen dari pelaburan anda. (jangan lupa anda akan dikenakan charge 5% selepas anda mendapat keuntungan dalam pelaburan anda, rujuk jadual Saham Amanah di mana-mana akhbar tempatan).
Jika anda sudah melabur didalam ASB lebih dari sepuluh tahun, anda mungkin berpeluang mendapat bonus jika tidak anda cuma menikmati dividen sahaja yang jumlahnya mungkin 7% dan mungkin juga 8% jika pasaran adalah bagus.
Di unit amanah CIMB, anda ditawarkan 52 dana (akan bertambah lagi) yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk pelaburan antaranya dana yang aggresif yang stabil, dana aggresif yang lebih terbuka atau juga dana sederhana yang fokus kepada pembahagian dividen.
Anda sendiri boleh bayangkan bagaimana kepelbagaian dana didalam CIMB yang memberikan anda pulangan 10-20% setiap tahun. Kepelbagaian ini membolehkan anda memilih pelaburan didalam negara, Eropah, Jepun ataupun Amerika yang diuruskan oleh CIMB dan juga kumpulan-kumpulan kewangan antarabangsa terbaik yang dilantik oleh CIMB didalam strategi pelaburan anda.
Saya akan terangkan strategy "diversify" secara mudah difahami oleh pelabur yang mungkin tidak mahu penerangan yang lebih taktikal tetapi lebih suka kepada penerangan yang lebih friendly. Berikut beberapa langkah untuk mendapatkan kepelbagaian yang sesuai untuk anda
1. Memilih portfolio yang sesuai
Pertamanya sebelum pelabur memulakan pelaburan, pelabur perlulah mengetahui apakah tujuan mereka melabur dan dari situ mereka boleh mengetahu portfolio manakah yang yang sesuai untuk mereka, samada yang berbentuk sangat agresif, agresif, sederhana, pasif (ASB) ataupun sangat pasif. jika anda sukar untuk menentukan dan menyelidiknya sendiri, jalan yang paling mudah ialah menghubungi saya. Saya mungkin boleh membantu anda. Beberapa portfolio atau pecahan dana yang telah dikaji keberkesananya telah disediakan oleh pengurus dana untuk pelabur baru yang ingin memulakan pelaburan bersama kami.
2. Memilih dana yang sesuai
Setelah anda mengetahui apakah portfolio yang sesuai untuk anda mencapai tujuan anda, langkah seterusnya adalah memilih pecahan dana yang terbaik samada anda inginkan "islamic asset" or "conventional asset" ataupun mungkin "mix asset" yang sesuai. Secara umumnya tiada kaedah yang tertentu untuk anda memilih dana bagi portfolio anda, apa yang penting anda perlu mengetahui perkembangan semasa dana tersebut sebelum melabur didalamnya (past performance doesnt effect current performance). Bagi anda yang mungkin tiada masa dan tidak mahu penyelesaian yang memeningkan, paling senang anda boleh berhubung terus dengan konsultan anda atau mungkin juga saya (easily YM me lochoemail for instant online chat). dana-dana yang anda pilih seharusnya mematuhi portfolio yang telah dipilih.
Bagaimana diversify mempengaruhi pelaburan di unit amanah.
Gambarajah 3

Gambarajah 3 menunjukkan satu pasukan bola, lets say this is your team, pasukan anda mempunyai semua pemain pertahanan, tiada pemain penyerang mahupun pemain pemain tengah, bagaimanakah anda boleh memenangi suatu perlawanan dengan hanya pemain pertahanan? mungkin pertahanan adalah amat hebat sehinggakan Cristiano Ronaldo tidak mungkin melepasinya. Tetapi jika terus diasak , peluang untuk pasukan lawan menjaringkan gol tentunya wujud. Susunan ini lansung tidak membantu untuk pasukan anda menjaringkan gol, begitulah juga didalam pelaburan, jika anda hanya memilih dana-dana yang pasif mungkin pelaburan anda amat secure, tetapi jika ia roboh anda juga melepaskan beberapa peluang keeemasan didalam pelaburan.
Gambarajah 4

Gambarajah 4 diatas menunjukkan pasukan bola yang mempunyai semua pemain penyerang (saya selitkan sedikit pemain tengah), adakah susunan ini boleh memenangi perlawanan? pasukan anda mungkin cukup menggerunkan "Paolo Maldini", tetapi pastinya mengembirakan Kaka yang sudi merobekkan berbelas-belas gol didalam percaturan anda. Di dalam konteks pelaburan pula, jika anda hanya melabur didalam dana aggresif tanpa memikirkan dana-dana pasif semata-mata untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi, ia tidak akan mengukuhkan pelaburan anda, malah pelaburan anda adalah lebih berisiko.
Gambarajah 5

Maka dari dua contoh diatas, pelaburan yang di"diversify" adalah paling kukuh dan kuat untuk untuk anda didalam pelaburan. saya bagi satu contoh pasukan yang mempunyai pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang, dan pemain-pemain yang dipilih adalah yang terbaik di posisi mereka, pasukan inilah yang akan mengentarkan Sir Alex Ferguson ataupun Arsene Wenger. Pelaburan anda sukar untuk goyah malah ia lebih stabil dalam memberikan pulangan dan juga pada waktu yang sama yang meminimumkan risiko anda.
Kesimpulannya, anda perlulah mengetahui bentuk apakah portfolio anda dan dana apa yang sesuai dengannya. Dapatkan bantuan konsultan dalam merangkanya.
Contoh Dana Terkini Yang Berpotensi Memberi Pulangan Tinggi:
Dana Al-Ihsan 2 :
( CIMB Wealth Advisors Berhad )
Price per Unit (piece): RM1 000.00
Apakah Dana Al-Ihsan 2 ?
Dana Al-Ihsan 2 (DALI 2) adalah dana pertumbuhan ekuiti yang mematuhi ketetapn syariah. Ia bermatlamat untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Dana ini amat sesuai untuk pelabur yang peka kepada ketetapan Syariah.
Dana Al-Ihsan 2 Menawarkan Manfaat-manfaat:
Satu cara untuk mencapai pertumbuhan modal yang konsisten dalam jangka sederhana hingga panjang.
Amaun pelaburan yang berkemampuan
Pengurusanportfolio dana secara aktif dengan akses kepada kajian pasaran yang mendalam,maklumat pasaran serta broker sekuriti yang mahir
Mematuhi prinsip-prinsip Syariah
Khidmat perundingan peribadi
Boleh menebus semula pelaburan pada mana-mana hari perniagaan
Bagaimana Boleh Saya Membuat Pelaburan?
Pilihan 1 - Pelaburan Tunai
Pilihan 2 - Pelaburan Tetap (regular savings)
Pilihan 3 - Skim pelaburan ahli KWSP
Strategi Pelaburan:
Strateginya ialah melabur dalam pelaburan dibenarkan yang selaras dengan prinsip Syariah dan dasar-dasar kawal selia yang berkaitan.

WEBLOGGER FREE TIPS:
Dana yang direkomen buat masa sekarang selain daripada Dana Al-Ihsan, pelabur boleh mula melihat kepada dana CIMB-principal Greater China Equity Fund.
Dana ini telah pun memberi keuntungan sebanyak 8.853% sejak diperkenalkan pada 1 Jun 2007. Dana ini melabur didalam ekuiti-ekuiti terpilih di Hong Kong, China dan Taiwan.
Ia dijangka akan memberi pulangan yang lebih baik tahun hadapan kerana negara China akan melansungkan acara sukan Olimpik pada tahun 2008.
Track record dana ini memberi pulangan 24% setahun.
(Attn: Standard pulangan dana unit trust adalah 10-20% setiap tahun).
Thats all from now..!
Happy investing !
Hubungi weblogger untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang CIMB Wealth Advisors :
Panca Sinar Enterprise
( Unit Trust Consultant )
C-01-03, Taman Hj. Mohd Amin
13500 Jalan Permatang Pauh
Bukit Mertajam
Pulau Pinang
MALAYSIA
Mobile Phone: +6 014 248 7484 @ +6 016 404 4049
( u.p: Encik Amrul Hizal Bin Adam )
e-mail: mycimb@gmail.com

LAYARI FORUM INI UNTUK RUJUKAN ANDA..
http://www.carigold.com/portal/forums/forumdisplay.php?s=&daysprune=&f=56
No comments:
Post a Comment